Kehidupan ku

Saturday, January 5, 2013

CINTANYA SEORANG AYAH


[Sebuah perkongsian daripada seorang sahabat]





Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya,

"Pakcik, laptop..."  

Dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, 

"Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar . Laptop yang mana yang ok?"

Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengesyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya -perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" -

"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..."

Jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal.

"Yang acer nie x boleh ke ayah?",  
 
ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup -rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer,

"Cukup duit tadi dik?" -

"Cukup, Terima Kasih ya...".

Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya -penuh harapan.


Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.








Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku

Wednesday, July 4, 2012

Tuesday, May 15, 2012

YANG TERISTIMEWA


SELAMAT HARI IBU

UNTUK MAK YANG SANGAT SAYA CINTAI

I LOVE U SO MUCH




MAK SAYA SAYANG MAK SAMPAI BILA-BILA



AMPUNKAN SEGALA DOSA ANAKMU INI

Sunday, April 29, 2012

Mak! janganlah...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI












Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?

Anak : Sebab saya anak mak kan?


Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..


Anak : Apa tu mak?


Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu
 memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...


Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak...







( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)
















SEKIAN































Thursday, March 22, 2012

Saya nak BELI masa SEJAM ayah!!!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Anak : Ayah,boleh tak Faiz tanya sesuatu?
Ayah : Ya. Nak tanya apa?
Anak : Berapa pendapatan ayah sejam?
Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk nak tanya?
Anak : Faiz saja nak tahu ayah, tolonglah beritahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?
Ayah : 20 ringgit sejam. Kenapa nak tahu?
Anak : Oh...




(Kemudian memandang ayahnya sambil bertanya)


Anak : Boleh tak Faiz pinjam 10 ringgit?
Ayah : Oh... Itu sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa minta 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat bukan nak bazirkan sebarangan. Sekarang pergi tidur.

Faiz pun berjalan menuju ke bilik. Manakala si Ayah memikirkan mengapa si anak memerlukan wang sebanyak itu. Dengan perasaan bersalah Si Ayah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.Didapati anaknya belum tidur.

Ayah : Kalau kamu betul-betul perlu duit ini ambillah.
Anak : Terima kasih ayah..

Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnyadan mengeluarkan sekeping not 10 ringgit yg sudah renyuk.Bila ternampak duit itu Si ayah mulai berang semula.

Ayah : Kenapa kamu minta lagi sedangkan kamuada duit sebanyak itu?
Dan dari mana kamu mendapat duit sebanyak itu?
Anak : Duit ni Faiz kumpul dari duit belanja sekolah. Faiz minta lagi sebab duit ni tak ckup..
Ayah : Tak cukup nak beli apa??
Anak : Sekarang Faiz ada 20 ringgit.Ayah ambil lah duit ni.Faiz nak beli sejam dari masa ayah.Faiz nak ayah balik awal esok.Faiz rindu nak makan malam bersama-sama ayah.





sumber Ma'ar Rahman







SEKIAN



Sunday, February 26, 2012

Saya Sayang Mama Sampai Bila-Bila

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".





Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.


Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.


Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.




Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: 


"Sayang Mama Sampai Bila Bila"!!!







************************


SEKIAN 














































SEKIAN





















Tuesday, February 21, 2012

Good Son

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI






Sekian