Kehidupan ku

Thursday, July 28, 2011

Jadi Anak Yang Soleh Impian Saya


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

"Barangsiapa yang mengharapkan pertemuannya dengan Allah, maka hendaklah ia beramal salih dan tidak mempersekutukan Tuhannya dengan sesiapapun dalam ibadahnya."
Al-Kahfi : 10



Setiap orang mengimpikan untuk menjadi orang yang soleh dan solehah. Begitu juga dengan ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Namun kita tidak tahu bagaimana mahu menjadi orang soleh. Adakah dengan sekadar memberi harta kekayaan?harta sahaja tidak cukup saudara kerana apabila mati seorang anak adam itu maka akan tinggal semua perkara kecuali 3 perkara yang akan turut serta kekubur antaranya adalah DOA ANAK SOLEH.


Disini saya kongsikan amalan sunat yang Rasulullah s.a.w selalu amalkan. Semoga diri saya dan saudara dipermudahkan dalam melakukan amalan-amalan ini lagi-lagi di bulan Ramadhan yang semakin tiba ini. 


1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

"Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji."
Al-Isra' : 79

2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

" Sekiranya ada suatu bacaan dengannya gunung-ganang menjadi goncang, bumi menjadi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara, tentu bacaan itu adalah al-Quran."
Ar-Ra'd : 31

3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki ke masjid dulu, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha,
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana keteguhan jiwa  mereka adalah seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka pohon itu menghasilkan dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
Al-Baqarah : 265

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7. Amalkan istighfar setiap saat.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir hati kita akan menjadi tenang.

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati akan tenteram."
Ar-Ra'd : 28

Wallahua'lam.


YA ALLAH JADIKANLAH KAMI INI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.


AMEEN



Tuesday, July 12, 2011

TIPS BUAT IBU MENGAJAR ANAK BERPUASA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGAIHANI


Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba ni, eloklah kita berkongsi tip untuk anak-anak biasa berpuasa. Kalau diikutkan pengalaman dulu, memang perit juga. Al maklumlah budak-budak lagikan waktu tu. Lapar sikit buka peti sejuk, haus sikit minum air sejuk. Sampailah waktu bila dah sampai seru untuk berpuasa penuh ni kita puasa la. 





TERIMA KASIH kepada mak dan abah yang sabar mendidik dan mengajarku berpuasa. Jika ada kebaikan dan pahala dari segala puasa wajib dan sunatku ini aku berdoa agar sahamnya dapat juga kepada kalian berdua di dunia mahupun diakhirat. AMEEN...


ok mula...


Pertama: Manfaatkan kebiasaan dongeng atau bercerita yang biasa ibu-ibu  lakukan. Hanya saja temanya adalah segala sesuatu yang berkaitan dengan bulan Ramadhan.


Waktu bercerita tersebut ibu-ibu  dapat mengajak anak untuk membuat rencana kegiatan selama bulan Ramadhan nanti, plus target yang ingin mereka capai. Kemukakan juga harapan apa yang ibu-ibu harapkan untuk mereka lakukan.Dengan cara ini Ramadhan akan sentiasa dibibir anak-anak kita dan bersemangat untuk menerima kedatangan bulan mulia ini.
Cerita mengenai sahabat atau Rasulullah yang berjuang di bulan Ramadhan. Pengalaman masa kecil ibu-ibu ketika menjalani ibadah puasa. Ini akan lebih menarik minat anak, karana cerita tersebut lebih hidup .


Kedua: Suasana rumah yang berubah juga akan mempengaruhi semangat anak.
Misalnya dengan mengubah suasana dalam  rumah, mempersiapkan ruang khusus untuk solat berjamaah dan tadarus Al-Qur'an. Ajak anak-anak menghiasi ruang tersebut dengan tulisan kaligrafi dan gambar-gambar islami.


Demikian pula untuk dekorasi rumah maupun bilik tidur ,jadikan suasana  islami. Misalnya dengan mengubah, tv ataupun buku dan majalah yang bersifat umum, diganti dengan buku-buku atau majalah islami yang mudah ditatapi.
Bilik  tidur anak dapat dihias dengan tulisan hadist, motto ataupun semboyan yang akan membangkitkan semangat mereka jika nanti menahan lapar dan haus ketika puasa. Tampalkan juga target dan jadual kegiatan yang telah disusun bersama. Ibu-ibu  sebaiknya mempersiapkan bintang-bintang yang siap ditampal untuk setiap aktiviti yang dilakukan  anak. Lakukan bersama anak agar ia termotivasi untuk mendapatkan bintang sebanyak mungkin sampai akhir Ramadhan.


Ketiga: Ibu dapat mulai menyusun menu dengan gizi yang seimbang untuk anak yang puasa.
 
Juga mulakan  melatih habit  makan dari 3 kali sehari menjadi 2 kali saja. Bila dilihat dari habit kebiasaan makan, berpuasa sebetulnya hanya memindahkan jam, atau mengurangi satu kali waktu makan saja. Bila biasanya makan 3 kali sehari, menjadi 2 kali, yaitu waktu sahur dan waktu berbuka puasa.


Penyusunan menu ini untuk menghindari terjadinya kekurangan zat gizi pada anak. Kecukupan gizi pada anak akan terpenuhi apabila saat berbuka dan makan sahur mereka dengan penyediaan makanan yang beragam dalam jumlah yang cukup.


Keempat: Siapkan menu makanan kegemarannya dan buat suasana sahur menyenangkan bagi anak-anak sehingga tidak merasa berat bangun tengah malam. Biarkan anak-anak makan di akhir waktu sahur. Awal puasa, biarkan mereka cuba dulu puasa hanya setengah hari. Ia akan berbuka pada tengah hari karena masih dalam latihan. Dengan cara latihan yang bertahap seperti itu, si anak-anak tidak merasa berat lagi untuk melakukan puasa.


Kelima :Ingatkan anak-anak dengan pesanan dari  Nabi Muhammad SAW yang bersabda: "Berpuasalah, nescaya kamu sihat." Dari sisi kesihatan, ibadah puasa memberikan istirahat pada organ-organ pencernaan tubuh, termasuk sistem enzim dan hormon, yang kemudian akan bekerja kembali dengan lebih sempurna. 






SEKIAN...



Selamat Mencuba




Artikal dihantar oleh Ustazah Hayati Binti Md Zari


Sunday, July 3, 2011

KERANA ANAK KAMU TELAH....

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." 


Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"





                        

Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" 


Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."



SEKIAN