Kehidupan ku

Thursday, August 11, 2011

Upah Bantu Ibu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI






Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu si anak menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron,menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.



Kos upah membantu ibu;



Tolong pergi kedai...........RM 1.00
Tolong jaga adik..............RM 2.00
Tolong buang sampah.....RM 1.00
Tolong kemas bilik...........RM 2.00
Tolong siram bunga.........RM 2.00
Tolong sapu sampah........RM 2.00 



JUMLAH RM 10.00





Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.





Kos mengandungkanmu selama 9 bulan.........Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu...........Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu..............Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu........Percuma
Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu...Percuma



JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU PERCUMA





Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,”Saya sayangkan ibu”. Kemudiannya si anak mengambil pen dan menulis ‘TELAH DIBAYAR’ pada muka surat yang ditulisnya.Dan janganlah seseorang itu merasakan bahawa dia telah membalas jasa ibunya walaupun dia telah melakukan pelbagai kebaikan kepadanya. 




MARI SEBUT RAMAI-RAMAI : KAMI SAYANG IBU



Wallahu’alam…



*********************************