Kehidupan ku

Wednesday, May 25, 2011

Kisah Anak Soleh

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan 
hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri 
sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang 
menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.


Ceritanya begini…
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang 
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. 
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini 
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di 
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang 
ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang 
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, 
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat 
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.


Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur 
lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang 
sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut 
ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai 
imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang 
tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini 
sudah pandai masbuk… ustazah yang    melihat terkejut dan kami yang 
mendengar mengucap memuji ALLAH


Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan 
perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana
orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ. 
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.


Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana 
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. 
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang 
sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling 
tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil 
wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu 
anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.


Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula 
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang 
jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah 
sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.


Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel 
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak 
melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, 
"Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… 
".  Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh 
yang disampaikan.

Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian 
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan 
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika 
ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya 
lelaki…


Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai 
tanpa pedoman…


cuba
kita tanya diri kita sendiri…
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat 
jemaah dalam keluarga ??? 
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk 
??? 
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat 
memimpin adik-adik mereka ??? 
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian 
rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan 
mereka yang lebih dewasa ???

subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi 
pedoman dan iktibar buat kita semua…


No comments:

Post a Comment