Kehidupan ku

Thursday, July 28, 2011

Jadi Anak Yang Soleh Impian Saya


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

"Barangsiapa yang mengharapkan pertemuannya dengan Allah, maka hendaklah ia beramal salih dan tidak mempersekutukan Tuhannya dengan sesiapapun dalam ibadahnya."
Al-Kahfi : 10



Setiap orang mengimpikan untuk menjadi orang yang soleh dan solehah. Begitu juga dengan ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Namun kita tidak tahu bagaimana mahu menjadi orang soleh. Adakah dengan sekadar memberi harta kekayaan?harta sahaja tidak cukup saudara kerana apabila mati seorang anak adam itu maka akan tinggal semua perkara kecuali 3 perkara yang akan turut serta kekubur antaranya adalah DOA ANAK SOLEH.


Disini saya kongsikan amalan sunat yang Rasulullah s.a.w selalu amalkan. Semoga diri saya dan saudara dipermudahkan dalam melakukan amalan-amalan ini lagi-lagi di bulan Ramadhan yang semakin tiba ini. 


1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

"Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji."
Al-Isra' : 79

2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

" Sekiranya ada suatu bacaan dengannya gunung-ganang menjadi goncang, bumi menjadi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara, tentu bacaan itu adalah al-Quran."
Ar-Ra'd : 31

3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki ke masjid dulu, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha,
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana keteguhan jiwa  mereka adalah seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka pohon itu menghasilkan dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
Al-Baqarah : 265

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7. Amalkan istighfar setiap saat.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir hati kita akan menjadi tenang.

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati akan tenteram."
Ar-Ra'd : 28

Wallahua'lam.


YA ALLAH JADIKANLAH KAMI INI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.


AMEEN



No comments:

Post a Comment