Kehidupan ku

Friday, December 17, 2010

Terima Kasih ibu


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Apa khabar anda semua? Sudah kah kita sudah mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita selepas solat subuh tadi?

Sudah!

Alhamdulillah...

Moga setiap hari dalam kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan diberkati dengan berkat doa itu. Sesungguhnya hidup ini hanya sekejap. Tidak kita tahu mana akhirnya. Hanya kesedian bekalan menuju alam seterusnya yang akan menelamatkan kita.



Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.





Baru sahaja terbaca satu artikal di Harian Metro online bertajuk 'ibu tanggung 30 saman anak'. Macam mana? Menarik tak tajuk ini? Ibu yang bersusah payah dalam setiap perkara semata-mata mahu memberi keselesaan, kesenangan dan kemudahan kepada kita akhirnya dibalas dengan racun. Racun yang bisa menghalang kita dari bau wangian syurga. Sedarlah wahai anak-anak, pernah tak kita terfikir bagaimana siksa, jerik perih seorang ibu sewaktu mengandung dan sewaktu ingin melahirkan kita?

Membesarkan kita?sekolah, pakaian tempat tinggl, dan makanan


Kenapa kita tidak pernah berhenti untuk tidak menyusahkan orang yang sudah banyak berkorban untuk kita?


Payah kah untuk berterima kasih kepada ibu?


Semoga kita dapat berfikir dengan lebih waras dan merenung kembali apa yang sudah lakukan terhadap ibu kita.


Baik? Alhamdulillah


Kurang? Selagi ada masa dan selagi kita hidup berusahalah membahagiaka ibu tersayang


~Aku selalu berharap dapat berbakti ke kedua orang tuaku sampai akhir hayat~


~Sama-same la kita ye~




Sekian

No comments:

Post a Comment